About RRG
Ideological Response
Articles
Media
Contact Us
In The News
Events
RRG Members
   
   
Berita Harian / Berita Minggu - 2008
Konsep Negara Islam Moden di Bincang
Berita Harian, Isnin 10 Nov 08
PM Hargai RRG tangani ideologi pelampau
Berita Harian, Sabtu - 13 September 08
Perpaduan kaum bantu Singapura tangani pengganas
RRG melancarkan sebuah buku - Winning Hearts & Minds, Embracing Peace - bagi memperingati usaha lima tahunnya. - oleh Shamsul Jangarodin
Pelajari trend baru bantu banteras pengganasan
Yaacob puji dedikasi asatizah perangi militan oleh Shamsul Jangarodin
TANDA BENTENG PENCEGAHAN PERLU DIPERKUAT
BH - 26 Jan 08 oleh Azahar Mohd
PERANGI PENGGANASAN DAN FAHAMAN RADIKAL
Usaha mesti diteruskan kerana ancaman masih belum reda Oleh Ustaz Mohamed Ali BH - 25 April 08
TAHANAN KEGIATAN PENGGANASAN
LIMA AHLI JI, SEORANG ANGGOTA MILF DIBEBASKAN BERITA HARIAN SINGAPURA – JUMAAT, 25 JANUARI 2008
BUKAN ISLAM SERU HARMONI
BH - 25 Jan 08 oleh Soraya Salim
PENANGKAPAN TERBARU BUKTI PERLU LEBIH GIAT KAWAL PENGARUH INTERNET
BH - 25 Jan 08 Oleh Azahar Mohd
TIGA DIKESAN TERMAKAN FAHAMAN RADIKAL
BH - 25 Jan 08 oleh Saat A. Rahman
Lagi Dua Pemuda Ditahan ISA
RADIO SINGAPORE INTERNATIONAL Rancangan Ehwal Semasa - Analisa Januari 25, 2008
PAKAR: KIAN SUKAR KENAL PASTI
BH - 26 Jan 08
SARAN PERTINGKAT USAHA DAMPINGI ANAK MUDA
BH - 26 Jan 08 oleh Azahar Mohd dan Soraya Salim
 

Kuwait Mahu timba kepakaran RRG

 
Berita Harian
Selasa, Nov 7, 2008


LAWATAN PRESIDEN NATHAN KE KUWAIT


Oleh CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
DARI
KUWAIT
chairul@sph.com.sg

KECEMERLANGAN Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dalam memerangi ideologi keganasan dan kegigihannya membantu mengembalikan akidah para pengganas yang terseleweng daripada ajaran sebenar Islam terus mendapat perhatian negara asing.


Kali ini
Kuwait melahirkan hasrat menimba pengalaman dan kepakaran RRG bagi menangani ancaman pengganasan yang dihadapinya. Ini didedahkan Presiden S R Nathan semasa wawancara khas bersama media Singapura sebagai mengakhiri lawatan rasmi empat harinya ke negara itu semalam.

Menurut Encik Nathan, hasrat itu disuarakan Menteri Dalam Negeri
Kuwait,
Sheikh Jaber Al-Khalid Al-Jaber Al-Sabah, semasa pertemuan mereka di Istana Bayan,Bandar Kuwait,Rabu lalu.

“Masalah keganasan bukanlah dalam lingkungan
Kuwait malah di luar (sempadan) negara itu, seperti yang anda tahu, di Iraq, di sempadan Syria dan sebagainya.

“Semasa pertemuan ringkas dengan Menteri Dalam Negeri, beliau memberitahu saya bahawa Kuwait kini memasang pagar, pagar elektrik dan sebagainya di sekitar sempadannya bagi menghalang pergerakan dan keluar-masuk orang-orang yang tidak diingini,” ujarnya.

Mengulas hasrat Kuwait
itu, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, memberitahu Berita Harian bahawa negara itu
sebenarnya tertarik dengan pendekatan RRG, iaitu menggunakan khidmat asatizah untuk membimbing tahanan yang terlibat dalam kegiatan keganasan.

“Mereka tidak ada program sedemikian dan amat berminat untuk belajar daripada kita. Malah, mereka bersetuju dengan pandangan Presiden (Encik Nathan) bahawa untuk menangani masalah pengganasan bukanlah dengan menggunakan kekuatan tentera bahkan menerusi pendekatan ideologi.

“Mereka sebenarnya ingin mendapatkan anggota RRG ke sini bagi mengongsi pengalaman mereka, tetapi pihak Kuwait juga bersedia terbang ke Singapura bagi tujuan ini.”

Menurut Dr Yaacob, Presiden Nathan telah memintanya memaklumkan hasrat Kuwait
itu kepada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura.Dalam pada itu, Presiden Nathan juga berkata Kuwait dan Singapura harus meluaskan kerjasama bidang keselamatan kepada usaha-usaha menangani masalahpenyeludupan dan pengedaran dadah, pelaburan wang haram dan penyeludupan
manusia.

“Ini antara saluran yang digunakan pengganas untuk meraih dana bagi menampung kegiatan mereka. Jadi kerjasama perlu diluaskan dan tidak hanya mencakupi
bidang keselamatan malah menjangkau bidang-bidang di luar aspek keselamatan biasa,” ujar Encik Nathan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi keusahawanan kebangsaan International Enterprise (IE) Singapore, Encik Chong Lit Cheong, pula mendedahkan hasrat
syarikat perbankan Islam terbesar
Kuwait, Kuwait
Finance House, yang berpejabat di Singapura,mahu mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang ada dirantau sebelah sini.

Menurutnya, pihaknya akan berusaha agar syarikat perbankan itu “berasa tertarik untuk melakukan lebih lagi” demi meningkatkan pelaburan di Singapura.
Selain Dr Yaacob dan Encik Chong, turut menyertai Encik Nathan pada sesi wawancara itu ialah Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Encik Zainul Abidin
Rasheed; Anggota Parlimen, Cik Irene Ng dan Dr Fatimah Lateef; Duta Besar
Singapura ke Kuwait,
Encik Wong Kwok Pun; dan Duta Kelana, Encik Gopinath
Pillai.


’Hubungan antara
Singapura
dengan Amerika Syarikat telah lama terjalin. Sama ada di pihak kita atau di pihak mereka, kepentingan tidak akan berubah dengan
berubahnya pucuk pimpinan. Jadi saya berasa yakin bahawa dengan Senator Obama kini menjadi Presiden (Amerika Syarikat), hubungan kita akan maju dan saya
menginginkannya terus kukuh.' – Presiden S R Nathan ketika diminta pandangannya menyusuli kemenangan calon Parti Demokrat, Senator Barack Obama, dalam Pilihan Raya Presiden Amerika.

Article Page 1

     
Thu, 9 Sep 10
   links : feedback : homepage
 
 
Username

Password


Check out and read all the latest posted articles
 
Useful Links
The Radical Middle Way
RSIS
Virtually Islam
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)
Check out the answers for the frequently asked questions about the Religious Rehabilitation Group